|
ANGKATAN SASTERAWAN DAN SASTERAWANI (ASTERAWANI)
Selamat Bersua.
Angkatan Sasterawan Dan Sasterawani Brunei (Asterawani) telah ditubuhkan pada bulan Ogos 1960. Rentak perjalanan hidupnya penuh dengan lipatan diari suka duka berbaur jadi kenangan dan ristaan zaman. Sebagai sebuah badan sukarela atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Asterawani telah berhasil menangani pelbagai kegiatan dan permasalahan dalam dunia bahasa, sastera dan budaya khususnya di peringkat kebangsaan mahupun di peringkat rantau.
Sastera Brunei
Sejarah sastera Brunei hidup sezaman dengan kelahiran sastera di negara rantau khususnya yang menggunakan bahasa Melayu dan tulisan jawi. Kajian terhadap perkembangan sastera lisan Brunei juga telah menunjukkan adanya persamaan kisahan dan struktur cerita dengan negara rantau seperti persamaan motif dalam cerita lisan Nakhoda Manis (Brunei), Malim Kundang (Indonesia) dan Si Tenggang (Malaysia). Sastera moden Brunei pula memperlihatkan adanya persaingan yang ketara di kesemua genre dengan memperlihatkan kesamatahapan mutu dengan hasilan sastera di peringkat rantau.
Pembuka Mulut Daripada Ketua 1
Assalamu alaikum, salam sejahtera, Kenalilah sastera Brunei!
Jawatankuasa Tadbir Asterawani Tahun 2002-2004
Ketua 1: Prof Madya Dr Hj Hashim Bin Hj Abd Hamid Ketua 2: Dr Ampuan Hj Brahim Bin Ampuan Hj Tengah Setiausaha 1: Hj Jawawi Bin Hj Ahmad Setiausaha 2: Mohd Zefri Ariff Bin Mohd Zain Ariff
Bendahari 1: Hj Md Husain Bin Bakar
Bendahari 2:
Hj Abd Ghafar Bin Hj Jumat
Jawatankuasa Kerja:
Hj Ahmad Bin Hj Husain
Hj Muslim Bin Hj Burut
Hj Abd Rahman Bin Md Yusof
Hj Ibrahim Bin Hj Muhammad
Hj Abd Hamid Bin Hj Tamat
Hj Daud Bin Hj Taha
Hj Alimin Bin Hj Abd Hamid
Hj Md Yusof Bin Hj Murni
Suip Bin Hj Abd Wahab
Hjh Sariani Binti Hj Ishak
Awda pelawat kami yang ke:
   
surat@asterawani.20m.com
|
|