Cheap Web Hosting | Free Web Hosting | Dedicated Servers | Windows Hosting | Free Web Space | Trade Show Displays | GoDaddy Coupon Codes | FrontPage Hosting | Business Hosting
cheap web hosting
Search the Web


Lelaman Utama

Kalendar Kegiatan

Surambi Foto

Lanskap Kegiatan

Kerabat Kerja

Lelaman Dunia Sastera

Karya

Peraduan

PSN XV

Kalendar Kegiatan Sastera:
Tahun 2009


JANUARI - MAC 2009

30 Januari

Suara Gaza anjuran ASTERAWANI bertempat di Sumbangsih Mulia, Beribi. Jam 8.00 malam.

31 Januari

Pelancaran buku Qarar tulisan PM Dr. Hj. Hashim oleh Yura Halim di Balai Sarmayuda, Dewan Bahasa dan Pustaka.

4 Februari

Tamu Puisi "Kemanusiaan Sejagat" anjuran RAKIS UBD bertempat di Dataran Rakis UBD blok CLT.  Jam 2.00 petang.

27 Februari - 8 Mac

PESTA BUKU BRUNEI 2009 bertempat di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, anjuran DBP Brunei.  Dibukakan untuk kunjungan orang ramai dari jam 8.30 pagi hingga 10.00 malam.

1 Mac

Pelancaran buku cerpen dan sajak penulis-penulis Tutong bersempena Sambutan Jubli Perak Hari Kebangsaan anjuran DBP Brunei dengan kerjasama B2K Tutong di Dewan Serambangun, jam 8.00 pagi.

1 Mac

Mesyuarat Agung ASTERAWANI bertempat di Balai Sarmayuda, Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei.  Jam 2.00 petang.

13 Mac

Malam Baca Puisi ASTAKA MERDEKA dan pelancaran buku-buku penulis SEA WRITE AWARDS anjuran DBP Brunei bertempat di Songket Ballroom, Tkt. 4, The Rizqun International Hotel, jam 8.00 malam. 

18 Mac

Mesyuarat Jawatankuasa ASTERAWANI sesi 2008-2010 yang pertama bertempat di Ibu Pejabat MBB, jam 7.30 malam.

25 - 27 Mac

Seminar MABBIM bertempat di Songket Ballroom, Tkt. 4, The Rizqun International Hotel.  Pendaftaran boleh dibuat melalui www.seminarmabbim2009.blogspot.com sebelum 20 Mac 2009.

APRIL - JUN 2009

11-12 April

Kunjungan muhibah Tan Sri Pendeta Dato' Ismail Hussein dan Prof Dato Zainal Kling dari GAPENA.  Perbincangan tidak rasmi diadakan pada malam Ahad, 11 April. 

18 - 19 April

Apresiasi Drama 2009 anjuran kursus KE3202 Drama Melayu, Jabatan Kesusasteraan Melayu, Fakulti Sastera dan Sains Kemasyarakatan, Universiti Brunei Darussalam diadakan di Balai Sarmayuda, Dewan Bahasa dan Pustaka.

22 April

Mesyuarat Jawatankuasa ASTERAWANI sesi 2008-2010 yang kedua bertempat di Ibu Pejabat MBB, jam 7.30 malam

31 Mei - 3 Jun

Persidangan Antarabangsa Pengajian Melayu sempena 35 Tahun Hubungan Diplomatik Malaysia - China anjuran  Pusat Pengajian Melayu China BFSU, Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya dan Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia dengan kerjasama GAPENA dan Persatuan Persahabatan Malaysia - China bertempat di BFSU, Beijing China.  Maklumat lanjut boleh didapati daripada Setiausaha I ASTERAWANI.

8 - 11 Jun

Kinjungan muhibah ke GAPENA.  Ahli yang berminat boleh mendaftar kepada Setiausaha I atau Suip Hj. Abd. Wahab tidak lewat daripada 12 Mei 2009.

JULAI - DISEMBER 2009

4 - 6 Disember

PERTEMUAN SASTERAWAN NUSANTARA XV dikelolakan oleh ASTERAWANI.



E-mel:
asterawani@yahoo.com
Lelaman Jaring:
www.asterawani.20m.com